My previous post tentang 'Asasi Alam Bina' sentiasa di'view' setiap kali sesi kemasukan pelajar lepasan SPM ke peringkat seterusnya tidak kira ke peringkat matrikulasi, asasi, diploma etc.. Okay untuk menjawab kemusykilan anda-anda semua, kos asasi alam bina tidak lagi ditawarkan (not sure dibekukan atau ditutup terus) di Universiti Malaya semenjak 2015. Kenapa? I also don't know, tapi marilah kita sesama berdoa semoga kos ini ditawarkan semula ye 😊 Tapi kos asasi lain ada je lagi macam asasi sains hayat dan sains fizikal.
And yes, aku dah pun habiskan pengajian Ijazah Sarjana Muda aku last year dalam bidang ukur bangunan a.k.a Building Surveying. Okay kepada mereka-mereka yang dapat tawaran atau terdetik niat nak sambung bidang ukur bangunan ni, my advise will be go on!!! Sebabnya kos ni memanglah kurang popular dan orang kurang jelas tentang kos ukur bangunan ni. Okay a lil bit info on Building Surveying course, actually bidang ni lebih kurang macam doktor bangunan lah. Belajar tentang anatomi (struktur) bangunan, pengurusan bangunan, dilapidation (lebih kurang mcm merawat bangunan 😂😂😂) dan banyak lagi lah.. Dan yang syoknya sambung bidang ukur bangunan di Universiti Malaya ni ialah dapat peluang pergi belajar kat luar negara, specifically di Liverpool selama sebulan. Yes, SEBULAN!! Tapi ada la beberapa syarat dia, kalau tak nak pegi pun boleh. Setakat ni masih berjalan lagi program outbound student ukur bangunan ke Liverpool tu. Junior-junior kteorang sekarang sedang menikmati masa dorang kat sana. Belajar sambil jalan-jalan kat negara orang kottt.. Best woiii!! Meh I share sikit gambar kenangan masa dapat peluang study kat Liverpool sebulan. hehehehe
![]() |
Ni masa baru nak fly from Malaysia~~ |
![]() |
tengah belajar woiii |
![]() |
Jalan-jalan ke Manchester~ |
Sesi lawatan ke stadium Everton. YES! Masuk dalam stadium pusing semua tempat!
Fun day dekat park apa ntahhh, kat Liverpool la yg penting
Ni masa last day of class
Gambar bersama lecturer paling banyak peminat (tapi dia dah kawin la) dan En Naz and wife
En Naz ni penulis buku UYDL tu, lecturer kat uni sana jugaaa
![]() |
Last day tour around Liverpool sebelum ke airport, masa ni semua tak nak balik 😂😂😂 |
Jangan risau la kalau nak sambung study kos ukur bangunan ni sebab setakat ni alhamdulillah semua kawan-kawan dan seniors dapat je kerja yang baik. Ada yang siap diserap masuk ke company yang dorang buat praktikal lagi.. Aku? Macam aku, aku memilih untuk sambung pengajian lagi ke peringkat Master di UM juga.. Pastu mesti ramai tanya "tak penat belajar ke sis?" Tak rugi pun sambung belajar lagi, tambahan parents sudi support.. hehehe. Ikut korang la sebenarnya korang nak ke arah mana lepas habis degree. Kerja terus pun boleh, sambung belajar lagi pun boleh. Tepuk dada tanya diri sendiri. Aku dapat je tawaran kerja kat company yang aku praktikal tu tapi demi memenuhi kehendak parents, aku belajar la dulu. Sementara momentum belajar masih ada kannn, takut kalau sambung kemudian aku jadi slow nak catch up balik pula. 😖
Okay lah! That's all for today. Terima kasih kpd mereka-mereka yang rajin membaca.
Sincerely,
dayangbedt